Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2022

Jurnal 41 : Hari Kedua....

Imej
 14 Jamadil Akhir 1443 dari hijrah ar rasul Hari pertama menaiki bas ke pejabat cawangan. Seawal Subuh, penulis dan putera bungsu telah keluar dari rumah. Usai menghantar ke sekolah dimana masih belum kelihatan kelibat murid di awal pagi subuh yang masih kelam, penulis memecut kenderaan menuju ke CP di pekan satelit yang berjarak kira² 20 ke 23 km. Jam di dashboard menunjukkan angka 6.27 am. Keadaan trafik adalah agak baik meski muncul sahaja kereta² yang suka mengambil angin pagi di waktu gawat manusia lain terkejar² akan impian dunianya... Dalam hati hanya mampu berdoa agar Allah melipat bumi kepada hambaNya yang daif ini agar dapat bersegera tiba di CP. Penulis dengan izinNya jua berjaya tiba di CP sekitar jam 6.47 am. Dan sebagai orang yang pertama kali, terpusing² mencari CP sebenar.... Maka setelah ditemui dimana lokasinya adalah lain daripada yang difikir dan dimaklumi, penulis masih sempat keluar dengan tenang dari kenderaan, mengambil beberapa barang untuk dibawa ke pejaba...

Jurnal : Hari Pertama Selaku 41

Imej
  13 Jamadil Akhir 1443  Pagi hari yang cerah secerah pawana...penulis agak terkejar² untuk membuat simulasi bagi menghantar anak² lebih awal ke sekolah. Ini berikutan perpindahan penulis dari ibu pejabat ke pejabat cawangan kecil yang terletak lebih dua marhalah dari kediaman teratak penulis. Penulis berjaya mencari sarapan pagi di warung yang telah mula menyediakan sarapan seawal jam 5.30 am dakwanya. Maka ianya boleh dijadikan hot spot untuk hari² seterusnya memandangkan tiada warung menjual sarapan berbungkus yang lebih awal darinya di sekitar radius teratak penulis.. Berjaya meninggalkan teratak sekitar jam 6.50 am meski hari masih gelap. Ini berikutan waktu fajar sadiq semakin lewat di daerah tengah dan kawasan² yang sewaktu dengannya iaitu kira² jam 6.02 pagi... Penulis berjaya tiba di pekan satelit yang menjadi titik tengah antara dua pekan sekitar jam 7.30 am dan hanya mencecahkan kad pekerja di mesin pengimbas buat kali terakhir dengan kad tersebut dengan catatan jam...

kisah-kisah buli - zaman IPTA

Imej
 5 Jamadil Akhir 1443 dari tahun hijrah ar rasul 84 hari menjelang Ramadhan Bukan hanya setakat di sekolah SBP, buli juga adalah satu budaya yang bermain di sekitar institusi pengajian tinggi. Ianya juga dibuat secara terancang dan juga tidak terancang. Secara formal dan juga tidak formal. Melangkah masuk ke salah sebuah IPTA, kini dikenali sebagai UA yang tersohor di seantero dunia. Sesi MSR, yang kedengaran lunak dan berbau islami itu hanya alat propaganda untuk menghalalkan buli secara teknikal. Seawal malam pertama sang siswa siswi telah dibuli dengan acara menghafal lagu institusi. Tapi sayang, bukan lagu yang formal. Sungguh aneh bukan? Kemudian, diedarkan kertas dengan arahan mendapatkan tandatangan kesemua OC (Orientation Committee) dengan alasan mencari kemesraan. Kaedah kedengaran mudah tetapi untuk mendapatkan tandatangan setiap OC banyak karenah yang perlu ditempuh. Tidak dinafikan, ada OC yang menjunjung tinggi nilai Islami. Sekali minta, tidak dihampakan. tetapi ada y...

Kisah-kisah buli : Zaman SBP

Imej
 2 Jamadil Akhir Tahun ke 1443 dari hijrah ar Rasul Zaman berada di SBP (Sekolah Berasrama Penuh) adalah satu zaman antara yang manis untuk dikongsikan bersama. Penulis pernah berada di SBP selama dua tahun dari 1991 hingga 1992. Walaupun masuk di form four (istilah biasa di SBP), pembulian tetap berlaku oleh senyor form five, walau kadangkala beza umur tidak sampai setahun pun. Namun paling lucu jika form four dibuli oleh pelajar form three hanya atas nama senyoriti, bukan atas faktor umur dan sebagainya.  Di sepanjang berada di form four, permulaan kepada pembulian secara rasmi ialah disepanjang tempoh minggu suaikenal. Form four selaku junior akan menjadi hot spot bagi senyor dimana shaja meraka ditemui. Pembulian paling low ialah, disuruh mengambil air ketika berada di dewan makan. Pembulian yang secara formal ialah dianggap sebagai semut² kecil dan dipanggil sebagai semut untuk mempamerkan kekerdilan kami selaku junior. Di dalam dorm pula, diperingkat senyor yang mendomin...

Tirai 2022 - banjir

Imej
 2 Jamadil Akhir tahun ke 1443 dari hijrah ar Rasul Pembuka tirai tahun 2022 masihi adalah hujan dan banjir. Hujan turun tanpa henti sepanjang tempoh 2 Januari 2022 hinggalah muncul fajar sadiq 3 Januari 2022. Terkesan dengan bencana di Darul Ehsan dan Darul Makmur, serta tenggelamnya kampung penempatan keturunan alfonso di celah runtuhan a famosa, hujung benua selatan bersiap siaga menghadapi bah besar. Dengan ramalan pihak berautoriti mahupun pihak pemegang mohor besar konspirasi sejagat, maka timbul kegetaran di hati...apakah bah besar bakal menenggelamkan muka bumi? Perancangan Allah dan taqdirNya tiada sesiapapun yang mampu untuk masuk campur. Penulis memerhatikan, acapkali, ramalan pihak berautoriti ataupun pihak konspirasi biasanya bercanggah jauh dengan kehendakNya. Bila diramal hujan lebat, hari cerah secerah pawana. Bila diramal kemarau panjang, Dia tetap menurunkan titisan hujan ke bumi. Maha Kuasa Allah, pemilik arasy yang agung. Tidak ada sesiapapun yang layak untuk ca...

Kisah kisah buli : Zaman Sekolah Rendah

  15 Jamadil Awwal 1443 Hari ini negara semenanjung emas masih lagi berada dalam mood musibah akibat bencana alam berupa banjir yang menyerang beberapa negeri dalam persekutuan. Bermula pada pagi sabtu lepas, kita dikejutkan dengan tiga tragedi besar iaitu Kemalangan maut yang melibatkan kematian 8 sekeluarga akibat rempuhan lori yang melanggar kenderaan sekeluarga yang rosak dan berhenti di tepi lebuh raya Hujan lebat dan bencana banjir di sekitar selangor disulami program mesyuarat agong parti bunga raya serta majlis makan² sang bendahari bersama pasukan simpanan; kemunculan virus omicron sebanyak 13 kes yang dikesan di negara ini Apabila berbicara kisah buli yang mula ditenggelami aliran banjir, maka penulis terkenang kisah² pembulian pada zaman persekolahan.  Tatkala berada di sekolah rendah, dalam darjah satu, penulis memulakan persekolahan di SRK Long Jaafar Taiping Perak. Bapa penulis menghantar penulis hanya dengan berbasikal sahaja.  Buli pada waktu dan ketika it...