Catatan

Tunjukkan catatan dari September 3, 2009

Fasa ke II Ramadhan

13 Ramadhan 1430 .. Sekarang telah masuk fasa ke II Ramadhan , dimana menurut sebuah hadis yang masyhur,merupakan fasa keampunan selepas merentasi fasa rahmat selama 10 hari .. Persoalannya, apakah kita berjaya dalam ujian di dalam fasa rahmat tersebut? Adakah kita telah berjaya menaik taraf kualiti puasa kita dalam fasa tersebut sehingga meningkat ke maqam sekurang-kurangnya khusus? Beberapa PC di opis sudah memulakan kempen hari raya dengan mengumandangkan lagu-lagu tersebut ... Bagi penulis, hjebahan lagu-lagu tersebut tatkala kita sedang mula merangkak di fasa II dua amat kurang sesuai untuk diperdengarkan. Penulis kerap juga mengkritik golongan ini, namun ada juga jawapan yang paling menarik untuk dikongsi, "Nko tak nak raya ke?" hehe.. Mungkin adat Melayu telah diterapkan sejak kecil bahawa puasa itu adalah kerana untuk berhari raya. Maka tidak boleh berhari raya bagi mereka yang tidak berpuasa? Tapi ramai juga yang terlebih berhari raya daripada orang yang puasa. Lebih