Bila YB nak rajin nih
Topik hangat di warung tatkala sarapan pagi tadi ialah kenaikan harga rokok. Menurut rakan seperminuman (frasa kata yang direka-reka-pen) kenaikan harga barangan sekarang tidak diumumkan secara rasmi oleh media .. Benar atau tidak ? Ahli forum juga ada menyebutkan mengenai kadar cukai GST yang dikhabarkan turut naik namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh pasukan blogger pro pemerintah.. Maka bercerita jualah, adakah YB yang baru dilantik ini tidak tahu gerak nadi rakyat marhain? Rakyat semakin terhimpit dengan gaji yang kecil, hutang yang semakin memberat, harga susu dan makanan keperluan lain melambung, setiap bulan dapat gaji hanya membayar hutang sahaja kemudian ikat perut dan perasaan hingga muncul hujung bulan yang baru.. Adakah YB tau? Pernahkah YB turun ke pasar membeli ikan seorang diri tanpa ditemani sang pengampu? Pernahkah YB berjalan-jalan dalam kawasan yang dimenangi, duduk mengeteh di warung sebentar dan berjalan ke segenap ceruk rantau melihat masalah ummah?