Berminda Emas Sebelum Ramadhan
8 Syaaban 1439 sekali lagi penulis dan sahabat kanan bergerak ke pusat latihan buat menabur budi untuk sesi kedua. Tugasan telah dimulakan sejak pagi 7 syaaban lagi untuk menyiapkan lokasi dan juga tagging. Dengan menaiki kenderaan yang telah agak berumur dan berhawa dingin kurang dingin, penulis menuju ke lokasi sekitar jam 8.30 pagi dan sempat singgah sebentar untuk mengambil sarapan pagi. Kami tiba di lokasi sekitar jam 9.00 pagi. Menuju masuk ke pejabat dan menyiapkan beberapa peralatan yang sepatutnya untuk kelangsungan program keesokan harinya. Selepas jam 10.30 pagi, kami menaiki kenderaan tua menuju ke lokasi untuk membuat pemantauan dan juga pengecaman. Kembali semula ke pejabat dan kemudian sekali lagi ke lokasi. Penulis hanya sebagai pemandu manakala sahabat kanan yang melaksanakan kerja-kerja lapangan. Seusai jam 12.00, kami bertolak kembali ke pejabat. Keesokan pagi, kami bergerak ketika hujan lebat di jalanan. Dalam hati tidak putus berdoa agar hujan