Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 7, 2020

Rokok di Kedai Makan kini OK

Imej
Catatan malam 15 zulkaedah tahun ke 1441 hijrah ar rasul Tatkala menikmati makan tengahari di salah sebuah warung dalam jajahan luaskan kuasamu di tengah negara dalam negara itu, tiba² hidung terhidu bau rokok yang agak pekat.. "Siapa pula hisap rokok nih.." Penulis melihat ke kiri dan kanan. Hanya ada seorang lelaki yang sedang makan dan tidak kelihatan pula dia memegang rokok di tangan sebab tangannya berada di dalam pinggan sambil menyuap makanan. Dari raut wajahnya terpampang seperti kurang senang dengan pernyataan penulis sebentar tadi. Namun  kehairanan penulis tidak pula disambut oleh orang sebelah yang setia yang sedang asyik menatap HP baharu di tangan. "Tak de bau rokok ke?"  Suara dikuatkan agak tinggi. Berdasarkan pemandangan sekeliling, hanya lelaki tadi yang paling disyaki. Bau asapnya cukup kuat sekali. Tanpa melengahkan masa, segera penulis menuweet (istilah sendiri untuk berkicau di tweeter) dengan highlight kepada KKM dan juga DPPPAS Pusat ... peme