Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 3, 2019

Majlis Resepsi dan Nyanyian

Imej
Zulhijjah tahun ke 1440 daripada hijrah ar Rasul  Penulis menghadiri satu majlis walimatul urus di tengah-tengah gapura selatan. Mendung disertai hujan yang membasah cermin kereta menyambut kehadiran penulis dan isteri ke satu majlis resepsi. Jam di dash board menunjukkan pukul 3.40 petang. Tatkala masuk, hadirin sudah beransur pulang. Tuan rumah juga kelihatan sudah keletihan. Lauk pauk sudah kehabisan. Nasi dan sirap masih banyak untuk dijamukan. Suasana hingar bingar dek suara nyanyian sumbang. Di suatu sudut, kelihatan seseorang sedang asyik mendendang lagu tanpa gaya dengan tanpa bakat. Maybe untuk melepas gian di dada. Memang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, acara karaoke dan nyanyi suka-suka kembali menjadi trend acara persandingan di alam melayu. Penulis masih ingat, belasan tahun lampau, adat menyanyi dan bersanding sudah mula dilupakan. Ini kerana ulama² pada masa tersebut begitu aktif memperkatakan mengenai hukum berkaitan. Antara yang paling lantang ial