Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 8, 2017

Menjana kemenangan Islam atau menghancurkan Islam?

Imej
Bagaimana kita mampu menjana kemenangan Islam? Adakah kita yang bekerja di sektor awam, jauh dari medan politik, hanya menonton siaran tv arus perdana, membaca media berupa akhbar kertas semata², tidak ikut usrah, jarang mendengar ceramah, sekali sekala mendengar bacaan al quran, sekali sekala mendengar nasyid mampu menjana atau setidak-tidaknya membantu kemenangan Islam? Atau adakah kemenangan Islam itu hanya boleh didokong oleh kelompok elit tertentu bertitle ulama semata²? Jika perkara yang pertama itu jawapannya ya...bagaimana caranya? Cara paling mudah ialah... kita tidak menghalang orang yang mahu menegakkan agama kita untuk meneruskan aktiviti dan apa jua acara berkaitan. Kita dengan kuasa yang kita ada bahkan menggalakkan segala aktiviti Islami di mana-mana sahaja yang berada dalam ruang lingkup kekuasaan kita, seperti taman perumahan kita, atau masjid kita, ataupun di bangunan tempat kita bekerja.  Maka apakala kita diberi nikmat kuasa dengan jawatan tinggi

Adakah kita bekerja untuk kemenangan Islam?

Imej
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (Az Zariyat :56) Ayat ini begitu jelas dan terang menyentuh mengenai tujuan atau misi manusia dan jin diciptakan iaitu hanya untuk mematuhi perintah Allah. Maka apakah sepanjang kehidupan kita dalam 24 jam misalnya adakah kita berjaya mencapai KPi pematuhan dan pengabidian sebagaimana yang dituntut dalam ayat ini? Adakah ini membawa maksud manusia hanya diperintah untuk duduk di atas sejadah atau duduk di masjid semata² tanpa melakukan pekerjaan lain? Adakah kita keliru dengan keadaan ini? Adakah hanya dengan memenuhi tuntutan fadhu ain harian, seperti solat sudah mencukupi? Satu waktu solat lebih kurang 10 minit dihabiskan dengan iringan zikir. Ertinya lima waktu baru 50 minit daripada 24 jam...lantas dimana kita letakkan lagi 23 jam 10 minit itu? Adakah dengan bekerja kita mencari nafkah kita dianggap mematuhi ayat