Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 4, 2023

Minum pagi di kantin stesen keretapi Keluang

Imej
 17 Muharram 1445 Kantin keretapi yang terletak distesen keretapi Keluang (ejaan lama) dikatakan telah dibuka sejak lebih 80 tahun yang lampau; Ini bermaksud ianya telah menjadi saksi bisu kepada penjajahan British-Jepun-British, komunis, sebelum pra dan pasca merdeka hinggalah ke zaman madani; Dikatakan diusahakan oleh seorang mualaf berbangsa Cina dengan produk yang paling viral iaitu kopi; Meskipun penulis telah berada di Keluang sejak 1987, namun sehingga tahun 2010 baharulah penulis terjebak untuk menikmati makanan di sini; Terdapat isu mengenai status halal kopi pada 2011 namun telah diselesaikan dengan baik; Kini terdapat beberapa oulet di sekitar bandar Keluang seperti bandar baharu Kluang, taman seri impian, taman perdana dan taman tasik keluang; Hanya ada satu sahaja outlet yang dibuka diluar daerah Keluang iaitu di Shah Alam; Agak pelik kerana tiada outlet yang dibuka di daerah lain dalam negara hujung selatan, walaupun di kota tanjung puteri; Jika hendak menu yang agak rahm