Catatan

Tunjukkan catatan dari September 4, 2014

Melaka: segalanya bermula di sini?

Imej
Ya.....mungkin majoriti dari kita bersetuju bahawa melaka yang dirawikan dibuka oleh Permaisura (Parameswara) pernah terkenal sebagai sebuah pelabuhan setanding pelabuhan terkemuka di dunia pada waktu tersebut hingga menyebabkan kerajaan kristian portugal tertarik untuk mendatanginya guna menyekat rempah dari masuk hingga ke Makkah ... (kata² Alfonso sang penakluk kota melaka) Melaka yang dikenali dahulu sebagai sebuah empayar perdagangan Islam yang hebat. Dikatakan bahawa Islam di semenanjung emas ini bermula di Melaka (mengikut sesetengah pandangan ahli sejarah). Dan tidak hairanlah jika pelaksanaan Islam secara syumul berlaku di Melaka sebaik sahaja Parameswara mengisytiharkan keIslamanannya dan seterusnya memberikan keyakinan penuh kepada rakyatnya untuk menuruti jejaknya. Begitulah pelaksanaan Islam di Melaka mengalami pasang dan surut, suka dan duka di bawah kepimpinan paduka sultan hingga muncul orang ferenggi di perairan pelabuhan melaka membawa satu fenomena baru