Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 23, 2017

Berbilang guru atau hanya seorang guru?

Penulis memulakan pengkisahan ini dengan merujuk kepada sebuah institusi agama yang dinamakan sebagai masjid yang melaksanakan kepelbagaian program pengimarahan yang kelihatan ketara.  Paling ketara ialah majlis ilmu yang semakin berkembang dan membiak dengan baik dan hebat. Cumanya, hanya satu orang guru sahaja yang dipanggil dan kerap di ulang panggil untuk beberapa sesi yang telah disusun. Boleh jadi untuk sepanjang tahun? Tatkala kita berada di sekolah rendah dan menengah bahkan di peringkat universiti sekalipun, guru² yang mengajar kita ada pelbagai bidang tersendiri. Tidak semua ilmu yang disampaikan hanya oleh seorang guru sahaja. Tidak berlaku guru A mengajar Matematik, guru A juga mengajar Bahasa Melayu, guru A juga mengajar Bahasa Inggeris, Guru A juga mengajar lukisan. Hal itu tidak berlaku. Kecuali tatkala berada di sekolah agama atau dipanggil dan gelar juga sebagai sekolah igama. Hanya seorang guru sahaja yang mengajar kesemua kitab seperti ibadah, tauhid, ak