Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 24, 2016

Berkenalan dengan Plato dan Aristotle

Imej
Kelas malam sabtu hanya satu sahaja kelas sepanjang hari selepas golek gelentang membaca dan study untuk persiapan  esok  hari  yang paling mencabar. Semasa menaiki bas selepas usai solat, hati tertanya-tanya, mengapa macam tak ada orang je malam ni? "agaknya dia orang tak pergi kelas kot. Esok ada dua PB yang penting..." Mungkin ada rasionalnya kata sahabat tadi. Esok ada dua PB untuk subjek Isu-Isu Semasa Sosiologi & Antropologi serta Falsafah Sains Politik. Di kepala masih teringat-ingat teori tentang Pengecualian Sosial yang mempunyai empat elemen penting dan juga teori strasifikasi sosial yang dikatakan akan keluar dalam bentuk soalan esei esok.  Namun untuk subjek falsafah politik masih kabur dek kerana belum sempat mendapat sentuhan. Sepanjang siang Jumaat hanya sibuk membaca nota-nota subjek ANSOS sahaja...Pengertian falsafah...pengertian falsafah sains sosial...pengertian mazhab-mazhab falsafah barat....ontologi...epistemologi ... mengkaji perihal ke

Forum Falsafah Sains Sosial

Imej
Hari ni agak mencabar kerana masih ada PB yang menghantui. Malam sebelumnya, selepas selesai PB BI, sebaik tiba di bilik penginapan, terus menghadap nota-nota yang telah disediakan di dalam portal.  Memang sesuatu yang bagus juga pabila pihak institusi ini mengumpulkan semua pelajarnya selama 20 hari bagi menghadapi PB dan beberapa kelas secara bertatap muka. Kalau nak harapkan masa sebelum program, rasanya jarang yang mahu membaca nota dan mendengar SV. Meskipun SV tu dah disediakan di dalam portal. Tetapi bila dikumpulkan, semua boleh memfokuskan minda. Alah, bukan lama sangat pun... PB subjek sejarah berlangsung di dewan E41 dengan jangkamasa 1 jam 30 minit. Soalan berbentuk esei. Ada tiga soalan dan jawab hanya satu soalan sahaja. Menggelepar juga pabila soalan dibuka. Meskipun semalam pensyarah menyatakan bahawa soalan senang. Ialah..mana nak sempat study semalam sahaja. Itupun tak dapat dihabiskan... Seusai Asr, kami menghadiri forum Falsafah Sains Sosial. Subjek bar

Maghrib pertama di Al Malik Khalid

Sayu rasanya mendengar azan dari menara masjid Al Malik Khalid. Terasa hati begitu tenang dan damai... Teringat akan kata² rakan pembenci pulau impian, kat sini azan dah tak boleh dah. Azan kat dalam masjid dan surau sahaja. Tapi realitinya tidak begitu. Setiap waktu azan berkumandang dari segala menara masjid dan surau yang ada di pulau ini... Yang tidak boleh..yang dilarang dan yang diharamkan oleh majlis agama pulau impian ni ialah tarhim sebelum subuh, tazkir sebelum jumaat dan bacaan al quran dengan pembesar suara sebelum azan.  Susah ke nak faham ? Wallahu a'lam

PB pertama

Imej
Malam esok dah ada PB.... Hai baru hari kedua da ada PB ke? Mujurlah hanya satu sahaja dan subjek pun Bahasa Inggeris..Walau bagaimanapun kena buat preparation gak ... Maklumlah penulis ni bukan pandai bab bahasa asing nih... GAMBAR HIASAN : KELAS PERTAMA HARI KEDUA Bercakap tentang bahasa Inggeris..kadang-kadang penulis pelik juga. Negara ini telah sekian lama mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan...namun pengajaran bahasa Inggeris tetap juga diutamakan. Sebagai contoh, untuk subjek Bahasa Malaysia di institusi ini, hanya pelajar tahun satu sahaja wajib mengambilnya. Tetapi untuk pelajaran Bahasa Inggeris, dari tahun satu hingga ke tahun 4 kena ambil..kenapa agaknya? Kita juga sibuk hendak mendaulatkan bahasa melayu. Kita hampir marah kalau kawan² kita dari bangsa Cina dan India tak berapa pandai cakap melayu.. "eh you duduk Malaysia sudah berapa tahun pun tak pandai cakap melayu lagi ke?"  Kita biasa dengar perkataan tu. Tapi tahu

Kelas Yang Pertama

Kelas pertama untuk tahun 2016 bermula pada malam ini. Jam 8 malam sehingga 10 malam. Penulis memulakan langkah sebaik seusai solat maghrib bersama rakan sebilik. Oh ya..rakan sebilik penulis adalah orang yang sama pada tahun sebelumnya. Beliau ini mendatangi pulau harapan dengan pesawat terbang Air Asia. Berjaya menjenguk ke bilik sekitar jam 6 petang bersama dua beg besar...seolah hendak menunaikan fardhu haji lagaknya. "Ni bukan beg aku...beg kawan aku...panjang ceritanya..." Turun dari bilik penginapan, bas untuk menuju ke jejantas telah sedia menanti. Ada tiga buah bas berwarna biru...Berbeza dengan tahun sebelumnya... "Wah banyak bas tahun ni..." Sebaik masuk ke perut bas, belum panas punggung di tempat duduk, bas sudah bergerak. Lebih kurang dua minit sahaja bas telah menemui lokasi yang dituju. Tangga untuk memanjat ke jejantas. Kami kemudiannya berjalan melalui jejantas merentasi jalan yang agak sibuk, masuk ke lokasi kampus. Di hujun

Jauh Perjalanan Luas Pengalaman

Imej
Penulis memulakan musafir pembuka tirai masihi 2016 pertengahan Januari dengan melangkah menaiki kenderaan awam sekitar jam 8.55 malam dengan ditemani oleh isteri dan anak-anak. Ada wajah kesedihan  boleh ditatap dan dibaca pada mereka namun dapat diselindungi oleh riak tawa dan senyum yang mungkin cuba untuk diada-adakan. Ya..mereka akan ditinggalkan buat sementara waktu.. Jam bergerak seakan pantas menelusuri minit dan saat dengan setia sebenarnya tanpa tercepat meski sedetik ataupun terlewat sekelip kerlipan mata. Namun terasa ianya begitu pantas bersama mengharungi malam yang kian tua bertemankan bas berhawa dingin menyusur laju menuju ke destinasi.  Pada awalnya bas yang bakal membawa penulis dalam musafir rutin hariannya pada hari yang dijanjikan akan mendaratkan penulis terus ke stesen bas pulau harapan. Namun sehari sebelum berangkat, tatkala disibukkan dengan penyiapan tugasan² akhir sebelum berangkat, telefon bimbit berdering dengan paparan nombor tidak dikenali. Pa