Catatan

Tunjukkan catatan dari September 30, 2010

Anugerah

20 Syawal 1431 ... Majlis penganugerahan berlaku di organisasi penulis. Penulis adalah seqadar juru acara majlis. Majlis yang agak berprestij itu dihadiri oleh kaum akademik dan juga para pelajar mereka. Seramai lebih kurang 166 orang telah terlibat untuk menerima anugerah tersebut. Kebanyakan yang layak dianugerahkan serta dimahkotakan sebagai cemerlang ini terdiri daripada bukan orang kita. Orang kita boleh dibilang dengan jari sahaja banyaknya. Hidangan pada petang ini ialah nasi ayam. Para hadirin memakai pakaian yang mungkin diangap terbaik oleh mereka. Majlis seumpama ini penting sebagai satu lonjakan agar mereka dapat mengekalkan momentum kecemerlangan ini dalam musim seterusnya. Perlu diambil kira bahawa kecemerlangan di dalam bidang akademik sahaja belum mampu untuk menyebabkan penyandangnya menjadi juara dalam arena persaingan kitaran ganas pekerjaan. Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar, ditambah dengan kelembapan ekonomi kapitalis kini, hanya mereka yang benar-benar te