Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 9, 2015

AJK Masjid dan surau : Tahukah tanggungjawab mereka?

Imej
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. Setiap masjid dan surau di negara ini adalah memiliki AJK tersendiri yang bertanggungjawab mentadbir dan memakmurkan rumah Allah dengan sebaik-baiknya. Dengan menggunakan ayat di atas, maka dibentuk di setiap anak qaryah akan AJK yang terdiri daripada beberapa orang yang dipercayai boleh dan mempu menjalankan tugas tersebut dengan sokongan ketua kampung ataupun penghulu mukim. Biasanya jawatan pengerusi akan cuba dipegang oleh mereka yang mempunyai kalaupun tidak banyak, sedikit pengaruh politik pemerintah, dan itu adalah kenyataannya!! Bagi yang agak gerhana dengan parti yang masih memerintah, peluang untuk menjadi khadam masjid qaryah a

Tabung masjid : milik siapa?

Imej
Jumaat yang mendung dengan dengungan bunyi hujan yang mencurah meskipun tidak begitu gagah menimpa bumi membasahi tanah yang sudah agak lama tidak ditimpa hujan yang panjang. Sebaik selesai acara tafsir al quran oleh ketua imam masjid lama sebuah kampung yang bakal bergelar taman komuniti tidak beberapa hari lagi, tuan pengerusi masjid mencapai pembesar suara mengumumkan beberapa perkara. Yang menarik ialah, pengisytiharan 10% daripada hasil kutipan derma Jumaat hening akan diserahkan untuk membantu mangsa banjir pantai timur. Dikhabarkan bahawa ianya adalah saranan bersurat daripada pihak Jabatan Agama Johor. Hanya 10% ? Ertinya jika masjid berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM1000 pada Jumaat ini, hanya RM100 sahaja yang akan dimajukan ke Pejabat Agama untuk dimajukan kepada mangsa banjir pantai timur..Itupun kalau kutipan mencecah angka itu. Jarang sekali mencapai angka tersebut. Katakan jamaah yang hadir hanya menampung seramai 500 orang sahaja dan setiap jamaah menyumbangkan hany