Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 5, 2019

Bila Anak Menteri Ditangkap : Sorotan Awal Tahun Baru

Imej
Berita yang agak panas muncul tatkala tahun baru 2019 baharu sahaja melalui lima hari dan harga petrol baharu sahaja diumumkan turun pada hari ini. Namun, reaksi balas Menteri Pertahanan adalah sebagaimana berikut Ya, sebagai seorang bapa yang mempunyai latar belakang Islam dan pejuang , tentu sahaja berita seumpama ini agak menyedihkan. Namun, iman itu bukanlah boleh diwarisi. Hatta anak Nabi Allah Noh juga tidak mengikuti ajaran bapanya. Anak nabi Allah Adam juga berbunuh² kerana masalah dunia. Ianya adalah iktibar kepada manusia dimana perkara seumpama ini akan senantiasa berulang agar manusia menjadi cekal dan sebagai ujian bagaimana mereka menghadapi situasi tersebut.  Walau bagaimanapun, untuk situasi dan kapasiti beliau selaku Menteri Pertahanan, adalah agak dikhuatiri wujud seperti bias dalam kes seumpama lagi. Ianya sudah barang pasti akan menjadi modal besar kepada pihak pembangkang untuk memberikan kata dua 'check-mate' kepada menteri sama ada mele

Tahun Baru : Apa Yang Baharu?

Imej
Tahun baru masehi menjelma semula tepat jam 12.00 malam setiap tahun. Sambutan yang diadakan di kebanyakan lokasi adalah tidak berubah sebagaimana tahun² sebelumnya. Artis dan temasya hingga sepertiga malam sememangnya menjadi agenda tahunan walau dimana sahaja sambutan sekularisme ini diadakan di semenanjung emas ini. Meski terdapat beberapa sambutan yang cuba diubahsuai dengan kaedah yang lebih patuh syariah, namun secara puratanya, budaya hendonisme tetap dijulang kunun merai minda anak muda yang dahagakan sebuah hiburan. Namun jejak sang Menteri Budak di malam perayaan tahun baru harus dipuji kerana mempamerkan langkah positif mendekati anak muda yang merempit dan juga berbasikal lajak. Mungkin malam tahun baru selayaknya menjadi gelanggang anak muda menguasainya. Cuma janganlah ditambah rempah ratus dengan galakan songsang hendonisme. Maka nantinya akan menambahkan jumlah angka kelahiran anak tidak sah taraf selepas 9 bulan 10 hari malam sambutan tahun baru.. Benua selata