Ganjil sang muazzin jumaat
Jumaat 10 zulkaeadah 1438, Jumaat di jame daerah tengah gapura selatan. Sudah agak lama tidak berada d masjid milik penuh pemerintah ini untuk menghadiri jamaah Jumaat disebabkan kesibukan urusan duniawi. Penulis sering bertukar masjid untuk menghadiri jamaah Jumaat. Seusai tahiyyatul masjid, duduk merenung diri. Dari balik pembesar suara yang terpasang di menara, kedengaran sayup bacaan ayat al quran. Kemudian bacaan itu terhenti dan digantikan dengan bacaan berbahasa ibunda. Boleh jadi pembacaan tafsir ayat yang dibacakan tadi tetapi tidak jelas kerana pembesar suara dalam ruang solat tidak dipasang. Mungkin kerana rosak atau tidak perasan. Namun keadaan ini sudah saban minggu berulangan yang membuktikan ianya bukan atas faktor lupa atau ketidak senghajaan. Ianya boleh dianggap sebagai dirancang. Timbul lagi persoalan, untuk siapa bacaan tafsir itu? Untuk orang di luar masjid mungkin. Ini kerana di masjid lain dalam daerah tersebut, seperti masjid raya dalam kampung tersohor ya