Catatan

Tunjukkan catatan dari September 23, 2021

Back To The Basic

 16 Safar tahun ke 1443 daripada Hijrah Ar Rasul   ﷺ Seminggu telah berlalu selepas berjaya melalui atau menyaksikan temasya majlis walimah simple pada zaman PKP fasa 1. Sememangnya cabaran untuk melaksanakan majlis dalam masa ini agak terkawal berbanding pada zaman keemasan pra pandemik. Tetamu tidak digalakkan untuk datang meski ada hidangan yang disediakan. Hanya ahli keluarga terhampir yang disahkan sihat sahaja yang selayaknya datang bertamu dengan masa kehadiran yang ditetapkan untuk mengelakkan pertemuan bersakala besar pada satu satu masa. Persediaan pelaminan tetap terbina dengan sentuhan tangan para amatur yang hanya seorang sahaja. Itupun dari kalangan ahli keluarga terhampir yang mempunyai sedikit kepakaran. Majlis akad nikah hanya diadakan di pejabat penguasa agama dengan kehadiran yang amat terhad. Seusai urusan aqad nikah, mempelai menguruskan diri bersama pasangan yang baharu menjadi halal. Ahli keluarga yang kecil duduk bertandang di rumah pengantin menanti hidangan di