Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 13, 2014

Darah syuhada kembali mengalir deras : Gaza yang kesepian...

Imej
 -   Pada waktu subuh Ahad, Tentera pendudukan Israel (IOF) melancarkan sekurang-kurangnya enam serangan udara ke atas sasaran yang berbeza di Semenanjung Gaza. Sumber tempatan memberitahu pusat maklumat Palestin (PIC) bahawa satu kapal terbang perang Israel melepaskan beberapa peluru berpandu di dua tanah pertanian di kawasan Al-Fakhari di bahagian tenggara Khan Younis dan tanah-tanah lain di kawasan Rafah. Serangan udara juga disasarkan pada tapak penentang di selatan Gaza dan di tanah kosong berhampiran kedai kereta di kejiranan Al-Zeitoun. -  sumber : http://www.palestine-info.co.uk/ Tatkala pasukan pejuang ISIS sedang meraikan kemenangan mereka ke atas syiah Iraq dalam beberapa siri pertempuran, dan ikrar pimpinan mereka yang mengisytiharkan kekhalifahan beliau serta menyeru kepada seluruh umat Islam agar datang kepada mereka bagi membantu mereka, apakah pula sumbangan mereka untuk Gaza? Apabila mantan presiden Iran, Hojjatuleslam Ali Akbar Hashemi Rafsanjani yang diju