Outing : 1991 dan 2019
Jauh sangat agaknya perbandingan tersebut. Terlalu panjang zaman yang ditempoh. Tatkala penulis berada di sekitar kota gotham city semenanjung emas menjelang waktu asar, terpandang beberapa pelajar berbaju batik, berseluar gelap dan memakai alas kaki bukan kasut berlegar di tepi laluan sebuah kompleks membeli belah. Masing² kelihatan membawa sekotak besar maggi. Hanya seorang sahaja yang membawa beg plastik besar berisi tin biskut. Mungkin mereka menunggu kenderaan grab untuk pulang ke hostel berdasarkan HP yang sibuk dibelek di tangan salah seorang daripada mereka. Kami dahulu tahun 1991 untuk outing dari asrama, perkara pertama yang perlu dipastikan ialah mengambil buku bank daripada guru bertugas. Untuk mendapatkan buku bank, terpaksa mengisi borang dimana had keluaran maksimum wang adalah sebanyak RM90.00 sahaja. Sebaik mendapat kelulusan, buku diserah dan kami bergerak ke pekan kecil hanya berjalan kaki. Terpaksa beratur agak panjang di kaunter untuk menuunggu giliran. S