Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 30, 2017

Mengisi Sebuah Kemenangan

Imej
Awal bulan Disember tahun 2017, sejarah akhirnya terakam kemas dalam diari organisasi serta kesatuan berkaitan kemenangan dalam pemilihan JK oleh pihak yang menamakan diri mereka sebagai pasukan transformasi.  Pasukan transformasi adalah merupakan pembentukan satu kumpulan yang lahir daripada idea untuk membela pasukan yang telah 'dikuburkan' tanpa nisan selepas berjaya mengaut kemenangan tipis dalam pemilihan Okt 2016. Selepas mengalami krisis pengiktirafan dengan pihak jabatan dan berlarutan sehingga hampir setahun, akhirnya dikuburkan begitu sahaja tanpa nisan dan tanpa sebarang tanda. Terdapat beberapa tindakan yang telah dilakukan oleh pasukan JK di luar skop untuk membela keberadaan mereka di persada kepimpinan kesatuan, namun semuanya menemui jalan buntu. Jabatan masih mengiktiraf JK yang dibentuk sebelum Okt 2016 sebagai JK yang sah. Tindakan terakhir yang cuba dilakukan oleh pasukan tersebut ialah untuk menubuhkan kesatuan kedua, namun ianya tertahan di pering

Pos Laju Yang Tak Berapa Laju

22 Disember 2017, meniti hari² terakhir 2017, seperti yang tercatat dalam resit yang dikeluarkan oleh pencetak POS yang dikatakan laju di dalam negara semenanjung emas. Penulis agak tergesa² mengejar date line pada 29 Disember untuk tugasan subjek jarak jauh. Selepas beberapa tahun menggunakan perkhidmatan ini, kali ini nampaknya ia telah berjaya mempamerkan wajah sebenar. Selepas membuat tracking pada 26 Dis, tugasan yang dihantar masih belum menemui destinasinya. Penulis masih boleh bertenang. 27 Dis, penulis mula resah. Apa tidaknya, data di tracking on line menunjukkan tiada sebarang perubahan pergerakan lokasi. Meski telah sampai ke negeri yang dituju, tapi masih lagi belum tiba ke destinasi sebenar. Penulis cuba menghubungi talian bebas tol kununnya yang terpampang di resit, namun tidak berjawab. Cubaan menggugle untuk mencari no alternatif, khususnya di kawasan atau negeri yang menempatkan destinasi yang dituju. Terdapat tiga nombor yang diberikan. Tapi sayang sekali, ketig