Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 4, 2010

pemilihan MPP

Hari ini merupakan hari pembuangan undi bagi masyarakat kampus di kawasan penulis. Terkenang penulis tatkala terlibat secara langsung dalam pemilihan di kampus sekitar tahun 1995... Penulis telah dicalonkan dalam pemilihan tersebut, yang pada waktu itu dinamakan JPP - Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Penulis langsung tidak mahu berkempen apalagi mencalonkan diri. Sahabat-sahabat penulis yang beriya-iya mencalonkan penulis dan berkempen untuk penulis... Pada hari mengundi pun, penulis langsung tidak mengundi. Akhirnya, sekitar jam 6.30 petang, pengumuman telah dibuat di kampus masjid. Penulis telah diisytiharkan menang dengan bilangan undi terbanyak!! Sesuatu yang tidak pernah diimpikan oleh penulis sama sekali. Pada sebelah malamnya, satu perjumpaan tergempar telah dibuat bersama JPP yang terdahulu. Pemilihan telah dibuat diantara calon-calon yang berjaya bagi memilih YDP, timbalan YDP, setiausaha, Bendahari serta biro-biro yang bakal diwujudkan. Sebelum daripada itu, penulis bersama-s