Catatan

Tunjukkan catatan dari September 2, 2021

Riwayat kereta 3

Imej
 24 Muharram 1443 Citra berwarna hitam dengan nombor pendaftaran JKX 1432 akhirnya menamatkan perkhidmatan dengan penulis sekitar Mac 2017. Dalam keadaan yang agak usang, tayar hadapan botak teruk hingga terpaksa menggunakan tayar 2nd hand disebabkan masalah kewangan, maka ianya ditukar ganti dengan pihak kereta nasional kedua dengan harga sekitar 10K. Pada awalnya itulah harga yang dipersetujui. Selepas dirundingi, kadar itu boleh dinaikkan lagi RM500.  Maka kereta berusia 9 tahun dalam pegangan dan jagaan, pernah sekali dilaksanakan pembiayaan semula bagi mengurangkan amaun bayaran bulanan bertukar tangan. Banyak kenangan suka duka bersama kenderaan hitam itu. Paling jauh, pernah berkelana hingga ke Kelantan Darul Naim. Masa tu kondisi enjin masih baik.  Cuma masalah citra yang biasa ialah pada tangki air enjin (radiator) yang kerap mengalami kebocoran. Penulis rasanya tiga ke empat kali (dah lupa....entah² lima kali) tukar tangki enjin disebabkan masalah kebocoran. Sangat paling men