Ramadhan 4
Ramadhan ke empat hari ini dimulakan jam sebelum 5 pagi. Syukur atas kurniaan yang lebih awal dari tiga malam sebelumnya... Keadaan di pejabat begitu tenang dan agak aman semenjak waktu dhuha yang mulia. Entah kemans perginya suara gegak gempita, ketawa ria yang kuat dan sebagainya. Mungkin sirns dek tarbiyyah universiti Ramadhan, atau mungkin kepenatan, atau mungkin juga ketiadaan kisah yang mampu menambah ceria.. Penilai pertama dan eksekutif pentadbiran tiada di pejabat hari ini. Menjelang Asr, penilai kedua membawa tugas agak mencabar, arahan menyiapkan dokumen untuk dimajukan ke mesyuarat peringkat tertinggi dan perlu disiapkan selewat-lewatnya sebelum zuhur esok. Tugasan yang memang mencabar dalam keadaan empat dokumen berada di tangan orang yang berasingan!! Dan oh ya..hujung minggu ini ada mesyuarat yang menunggu dan hujung bulan nanti ada audit yang bakal menjengah. Tatkala jam hanya tinggal kurang dari 30 minit sahaja lagi sebelum waktu pulang, dokumen pertama baru di