restoran melayu dan restoran mamak
SITUASI I Suatu petang Ahad yang hening, singgah di sebuah restoran yang terletak di dalam sebuah kompleks kedua terkemuka di Bat City .. keadaaan restoran agak tersorok di sebalik kedai-kedai pakaian dan aksesori wanita, milik peniaga asing. Kelihatan seorang lelaki sebangsa yang sedang enak menikmati kepulan asap beracun di dalam bangunan berhawa dingin (?) Duduk menanti pelayan untuk muncul bersama pena dan juga kertas mengambil masa lebih 2 minit. Setelah pesanan diambil, makanan yang dipesan tiba sekitar melebihi 10 minit. Namun tidak terlalu terasa pergerakan masa oleh kerana disibukkan melayan keletah anak-anak. Selesai menjamu selera, untuk membayar, terpaksa ke kaunter, tiba di kaunter terpaksa mengingat semula apa yang telah dipesan tadi... SITUASI II Suatu ketika di salah sebuah restoran mamak yang agak terkemuka juga di Bat City, sebaik sahaja melabuhkan punggung di perut kerusi, sang pelayan muncul dengan segera di gigi meja bertanyakan pesanan dengan muka yang penuh ceria