Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 27, 2013

Solat Isya di surau suatu kampung

Imej
Hari kedua dari tarikh rasmi keputeraan Junjungan penulis sekeluarga bergerak menuju ke kampung kelahiran arwah ayahanda. Disini masih ada rumah kepunyaan bapa saudara yang masih hidup dibina bersebelahan tapak rumah arwah nenda penulis. Menjelang waktu Isya penulis bergerak keluar mencari surau atau masjid yang berhampiran. Surau yang paling hampir tidak dihiraukan kerana nawaitu asal hendak ke masjid. Di masjid, lampu bangunan itu dihidupkan tetapi tiada seorang jamaah yang hadir. Adalah disyaki mereka menghadiri majlis tahlil di rumah si mati terlebih dahulu kemudian akan kembali semula ke masjid selepas selesai. Penulis bergerak lebih ke hadapan untuk mencari surau dan akhirnya bertemu. Tatkala itu hanya ada dua orang jamaah iaitu imam dan muazzin. Azan sedang dikumandangkan tetapi tanpa pembesar suara.... Kemudian selepas solat sunat bilangan jemaah hanya bertambah seorang lagi iaitu penulis sendiri!! Usai solat bergerak keluar dan memandang sekeliling masih banyak rumah

Sketsa sarapan pagi

Hari kedua selepas tarikh sambutan rasmi keputeraan Rasulullah SAW, keluar makan pagi di warung antara dua pokok besar yang telah agak lama wujud. Menu utama capati buatan tangan yang panas. Pelanggan agak ramai. Sekitar jam 10.00 pesanan dibuat. Penulis sibuk melayan karenah anak-anak yang asyik berlari kesana-kemari. Air yang dipesan tiba selepas 15 minit. Kemudian, setelah menunggu hampir 45 minit, pesanan masih belum tiba....perasaan amarah mula menyerang! Akhirnya penulis mengambil keputusan untuk ke kedai lain dengan membayar harga minuman dan sepinggan mee rabus sahaja... Kelemahan yang wujud seumpama ini perlu diambil perhatian serius oleh penggerai. Ianya perlu diperbetulkan dengan kadar sefera sebelum terlambat. Perasaan ego seperti "kalau nak makan tunggu. Kalau nak blah ramai lagi yang akan datang dan sanggup menunggu" tidak boleh terus diamalkan. Lama-kelamaan hanya tinggal gerai pokok, kerusi, meja dan jualan sahaja. Pelanggan lari ke gerai lain...Wallah