Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 12, 2011

hari hari awal menjaga unit akademik

Hari-hari awal berada di unit Akademik agak menggerunkan. Penulis hanya duduk di kerusi tanpa bergerak sejak mula berada di situ. Hari pertama berada di unit akademik, penulis memindahkan segala barang seperti PC, meja kecil dan juga meja beroda. Segala data dan maklumat di PC PPT sebelumnya dipindahkan segera ke PC penulis untuk menyelamatkan keadaan. Walau bagaimanapun, Pegawai yang sepatutnya mengganti tempat pegawai yang dipindahkan masih malu-malu untuk tiba di meja dan kawasan barunya Unit akademik adalah satu wilayah terpenting bagi sesebuah fakulti yang menjadikan akademik sebagai teras perkhidmatannya. Ianya merupakan satu jambatan penghubung di antara pihak pentadbir dan staf akademik dan juga di antara staf pentadbir dan pelajar. Kegagalan untuk mengurus unit ini dengan baik boleh memberikan impak yang sangat besar kepada fakulti dan boleh merosakkan reputasi sesebuah entiti atau institusi pengajian tinggi. Semoga Allah memberikan petunjuk dan bantuannya...Insya Allah