Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 2, 2012

Kenangan di Dato Onn - Sebuah kisah di sekolah agama

Misi terbaru untuk penutup April di Sekolah agama. Ianya amat jarang bahkan tidak pernah berlaku sebelum ini sebenarnya....Masa yang diberi hanyalah dua hari satu malam..lokasi ialah pejabat pendidikan agama daerah... Kami bergerak dari ibu pejabat sekitar jam 10.30 pagi dan menerima berita memilukan dengan pulang ke rahmatullah bonda kepada PH...Kami bergegas menuju ke hospital terlebih dahulu untuk memberikan penghormatan terakhir. Tatkala tiba, suasana pilu menyelubungi bilik pengurusan jenazah dengan bacaan ayat-ayat suci dan jenazah sedang bersiap untuk dimandikan. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk terus ke lokasi program. Kami disambut hangat dengan jamuan tengahari Jumaat yang sememangnya membakar. Kemudian kami bergerak ke pasar untuk mencari sedikit keperluan. Kembali semula dan bertemu dengan sahabat bekas imam besar...pertemuan yang membuahkan persetujuan untuk pengisian program pada dua minggu akan datang. Solat Jumaat di masjid agung dan kemudian bersiap untuk

Kelas 10

Kelas kali ini agak berlainan sedikit rasanya. Tajuk perbincangan pada hari ini jika mengikut turutan berkisar mengenai al ma'thurat. Jika mengikut silibus asal ialah bacaan tahlil dan doa. Penulis telah mengubah tajuk tersebut semasa kursus TOT. Meskipun kelihatan garisan wajah kurang senang beberapa orang teman, namun mereka tidak pula menterjemahkannya dalam bentuk perkataan. Ini bermakna mereka tidak melarang tindakan tersebut. Berbalik kepada kelas yang tidak berapa besar itu, kami pada hari ini memulakan kelas dengan perbincangan topik dajjal yang dijangka bakal muncul dalam jangkamasa terdekat berdasarkan kepada petunjuk aras tasik tiberia sebagaimana yang dituliskan dalam teks hadis dari Tamim Ad Dari. Juga membincangkan mengenai topik peperangan Armageddon yang pernah berlaku di medan tersebut sebelum diutus nabi Allah Daud antara tentera Jalut dan tentera Thalut yang dirakamkan dengan kemas di dalam surah Al Baqarah. Pada awalnya penulis ingin membuka suratan al ma