Hujung minggu semakin tenang
Ya..hujung minggu tiba lagi. Jika pada tahun lepas, hujung minggu kita adalah Sabtu dan Ahad. Kini negeri di hujung benua asia ini kembali bercuti pada Jumaat dan Sabtu, mengulangi apa yang pernah berlaku beberapa dekad sebelum ini. Ternyata hujung minggu Jumaat dan Sabtu terlalu besar hikmahnya. Terpulanglah kepada pandangan individu. Bagi penulis, Jumaat sebagai hari cuti hujung minggu sangat bermakna. Kita mampu bersedia dengan lebih baik untuk menghadapi solat Jumaat. Tidak perlu berasak-asak atau terkejar-kejar ke masjid dalam keadaan memakai pakaian kerja. Sempat untuk mandi sunat Jumaat sejurus sebelum melangkah ke masjid, tidak seperti dulu yang terpaksa mengawalkan mandi sunat sebelum pergi bekerja. Nawaitu keluar bekerja pada pagi Jumaat, meskipun sudah selesai mandi sunat, terasa amat berlainan dengan nawaitu keluar ke masjid untuk iktikaf pada hari Jumaat sejurus selepas menikmati mandi sunat... Ketenangan ini semakin menyeluruh pabila hujung minggu penulis tid