Catatan

Tunjukkan catatan dari November 8, 2013

Adakah benar kita bertugas kerana Allah?

Imej
Hampir setiap ketika apabila berada di pejabat yang dikepalai oleh pengurusn yang memahami al quran dan sunnah, sudah barangpasti kita sering diperingatkan dengan kepentingan mengutamakan nilai-nilai Islam dalam pelaksanaan kerja seharian. Para ulama jelas menyatakan bahawa kerja itu dianggap sebagai ibadah, asalkan menepati beberapa syarat yang telah ditetapan. Antaranya ialah niat untuk mencari redha Allah, untuk menyara keluarga, tidak meninggalkan ibadah yang khusus, tidak bekerja di mana-mana sektor yang melanggar hukum (seperti sektor pelacuran dsbnya). Dalam bidang pekerjaan ini, ada kalanya kita selaku makhluk yang lemah sering menghadapi turun naik semangat untuk bekerja. Maka ini memerlukan sebuah motivasi yang berterusan untuk meneruskan pekerjaan kita. Ada kalanya, kita merasa begitu malas untuk melaksanakan sebarang kerja. Duduk di meja kerja tidak berbuat apa-apa, kecuali melayari internet (bagi pejabat yang mempunyai kemudahan tersebut). Bagi pejabat yang tiada