Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 9, 2016

Jom masuk syurga ...

Imej
Satu ketika tatkala semua sahabat sedang duduk bersama² Rasulullah SAW di dalam masjid, tiba-tiba baginda bersabda yang bermaksud,  "Sebentar lagi akan muncul ahli syurga.." Maka beberapa detik kemudian masuk seorang pemuda dari pintu masjid yang kelihatan biasa-biasa sahaja. Bukan dari kalangan sahabat besar ataupun dari kalangan yang kelihatan kuat beribadah. Keesokan harinya, Rasulullah SAW menyatakan hal yang sama, dalam keadaan para sahabat juga sedang duduk bersama-sama baginda di dalam masjid. Dan selepas beberapa deik, pemuda semalam yang dijamin syurga oleh baginda SAW muncul lagi di muka pintu masjid dan masuk ke dalamnya. Pada hari ketiga, baginda mengucapkan jua hal yang sama, dan para sahabat pun ternanti-nanti siapakah gerangan yang dijamin syurga itu, maka kelihatan sekali lagi sang pemuda semalam dan juga kelmarin muncul di muka pintu masjid dan masuk ke dalamnya. Seorang sahabat, Muaz b Jabal, begitu kuat keinginannya untuk mengetah