Cheras Perdana
Setelah sekian lama tidak bermusafir, penulis akhirnya memulakan sebuah perjalanan menuju ke Cheras Perdana bagi menghadiri majlis pernikahan. Perjalanan penulis bermula sekitar jam 7.00 malam dan bergerak masuk ke lebuhraya sekitar jam 8.30 malam. Suasana lebuhraya boleh dikatakan lancar dan tenang. Ketika tiba di kawasan R&R Seremban, lampu amaran petrol mula menyala namun penulis cuba meyakinkan diri dengan bertawakkal kepada Allah...memandangkan destinasi dijangka sudah semakin hampir. Namun dek kerana lampu amaran semakin kerap menyala dan kurang pula terpadam, maka kelajuan kereta mula diturunkan... Akhirnya dengan izin Allah jua, penulis dan keluarga selamat tiba di stesen minyak Shell berhampiran The Mines...Maka petrol pun diisi penuh dengan nilai RM90.00 menggunakan Ron 97. Bayaran tol pula bernilai RM 30.90. Acara pertama selepas tiba ialah makan malam. Lokasi berhampiran dengan rumah ibu saudara. Makan untuk lima orang dewasa dan tiga kanak-kanak tidak sampai pun RM30.0