Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 19, 2013

Tiga Hari Dua malam di Paloh

Bermula jumaat hari terakhir tasyriq dua kumpulan mahasiswa dan mahasiswi telah berangkat menuju ke sebuah pekan kecil dalam mukim paloh. Kumpulan seramai 70 orang ini dipecahkan kepada dua seksyen dengan dua kenderaan yang berbeza. Sememangnya pergerakan pada semester ini dilanda pelbagai perkara yang perlu diselesaikan dengan qadar seberapa segera. Dengan perancangan di saat akhir dan hanya mengambil masa sekitar dua minggu, termasuk cuti eid adha yang menyaksikan kebanyakan pelajar pulang bercuti di kampung dan dibayangi kelas tambahan di hujung minggu nanti. Program yang dirancang hampir dibatalkan di saat akhir dan tatkala pengarah program datang bersama kertas proposal di hari terakhir bekerja, minggu sebelum eid adha, jelas pada wajahnya menggambarkan kumpulan ini seolah tidak bermaya untuk merealisasikan program ini pada hujung minggu berikutnya. Namun sebaik tiba hari arafah, penulis telah menggerakkan diri untuk mendapatkan kenderaan kerana itu perkara terpenting disamping be