Seolah sudah hari raya
Hari ke 26 Ramadan yang agung....malam ini boleh menjadi malam penentu untuk menyambut rombongan jibrail dari langit. Pagi seusai subuh disambut denngan deraian hujan lembut membasahi bumi ... Rancangan di peti televisyen juga telah berselang-seli dengan bunyi-bunyian kemeriahan hari raya. Tragedi mercun juga seolah diulang tayang saban tahun dan tahun ini mungkin yang paling tragis.. Perbualan dengan teman setia dan tercinta tatkala menikmati juadah berbuka maghrib tadi juga berkisar mengenai mercun dan sebagainya. Betapa tatkala di zaman kanak-kanak kami amat meriah diwarnai pelbagai dentuman mercun dan bakaran bunga api. Namun rasanya tidak pernah pula kedengaran wujud sebarang kejadian yang menyayat hati ataupun kecederaan yang perlu digemburkan di dada akhbar dan juga media massa lainnya. "Kita orang siap main meriam buluh lagi. Tak de apa masalah pun yang berlaku," kata orang sebelah. Wah nampaknya sejarah hari raya beliau jauh lebih hebat dari sejarah hari raya penulis