Misi Untuk Tuhan
Sekali lagi dengan izin dariNya kami kembali dipanggil untuk menyelesaikan misi PINTAR siri 3/2011 bertempat di lokasi dua minggu lepas, Institut pertanian Ayer Hitam Batu Pahat yang terletak berhadapan dengan tol masuk Ayer Hitam. Sahabat yang setia hadir tetap sama. Cuma salah seorang S tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Begitu juga dengan Haji H. Kem komandan tetap dengan pelakon yang sama. Pegawai Hutan kali ini dilakonkan oleh watak biasa, bukan watak dua minggu sebelum ini. Ada juga pertambahan watak dan peranan pada kali ini. Imam ahli Akhyar dan juga syekhul Islam. Tentu sahaja acara akan menjadi lebih dramatik dan menarik. Penulis hadir agak lewat dek kerana kesibukan di pejabat. Selepas waktu pejabat, barulah berpeluang untuk memandu ke kem. Tatkala tiba, acara LDK I telah bermula iaitu ice breaking yang dikendalikan oleh Mr S. Penulis tidak dapat bersama kerana terdapat beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Hanya sekejap cuma menjenguk muka. Makan malam dihidang