Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 17, 2021

Aktor politik yang merosakkan politik

Imej
 8 Muharram 1443 Gempar lah sekelian alam pabila pemerintah ke lapan dinasti melayuwiyah melepaskan pakaian kuasanya  pada 7 Muharram 1443 secara rasmi. Maka gembira sang penentang tidak terhingga adanya. Sedih sang penyokong dan para lubalang negara. Beberapa negeri kedengaran juga bunyi-bunyian seolah ada gempa bumi tetapi berskala rendah. Hanya terasa menggigil tanah sahaja katanya. Negeri di hujung benua selatan seawal kokokan jantan telah mengakui taat dan setia kepada ketua negerinya meski berlainan akan kefahaman perjuangannya yang asalnya adalah satu jua...menghidupkan bangsa yang senantiasa hendak tidur adanya. Mungkin khuatir ia akan murka... Maka sebenarnya politik ini dikotori kesuciannya oleh tangan para aktor yang haloba. Katakan jika pemegang keris telanjang hanya diam dan tidak membuat bantahan, nescaya kukuh jua kerajaan melayuwiyyah kelapan ini adanya tanpa terkesan dek gegaran gempa. Biarlah gergasi mahupun garuda menyerang, namun kerana kukuhnya ikatan MUAFAKAT dipe