Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur
30 Jun 2012 penulis dan kelaurga bertolak ke KL. Kenderaan kami bergerak menuju ke destinasi kira-kira jam 8.15 malam. Sebelum itu, berkelana di sekitar bandar .. Ibu dan adik serta dua puteri penulis telah bergerak semalam. Kami tiba di destinasi sekitar jam 11.00 malam. Sekitar jam 5.00 pagi, mengalami sakit perut luar biasa. Bisa yang menusuk. .. Kami bergerak menujuk IKEA, berpandukan kepada GPS yang dipinjam dari adik penulis sekitar jam 12.30 dan tiba di bangunan gedung yang berprestij sekitar jam 1300. Dimulakan dengan tawaf dan melayan kerenah si bujang kecil yang sibuk hendak berjalan, isteri dan adik ipar mengakhiri tawafnya sekitar jam 1630 petang. Kami menikmati hidangan berupa bebola daging dan ayam, selepas penulis menghantar barang ke dalam kereta. Di IKEA rupanya barang tidak boleh dibawa dengan kereta sorong terus ke bonet belakang kereta. Ianya perlu diletak di bay yang disediakan dan kereta perlu datang ke bay untuk punggahan. Memandangkan penulis hanya seora