Catatan

Tunjukkan catatan dari September 17, 2010

syawal 5

Syawal hari kelima menyaksikan kehadiran bapa saudara isteri di T6 muncul sekeluarga sejurus sebelum Asr. Kemudian diikuti oleh sahabat lama isteri dari Kulai. Kemudian pada malam harinya, muncul Imam Pekan Rengit dan diikuti oleh bapa saudara sebelah isteri juga.....

syawal 6

Syawal ke enam ini pergerakan kami sekeluarga ialah ke Felda Bukit Besar dan juga Pekan Kulai. Bergerak dari rumah sekitar jam 3 petang. Tiba ke destinasi menjelang Asr. Masjid di felda tersebut sangat canggih dan indah... Kemudian bergerak ke pekan Kulai. Bertandang sehingga jam 6.40 petang. Dalam perjalanan pulang, solat jama di stesen minyak ... Hujan begitu lebat turun. Sepanjang perjalanan pulang, hujang sekejap-sekejap. Tiba di rumah mertua untuk pergerakan ke rumah bakal biras...di Taman Sri Kluang. Rumah agak besar dan berprotokol. Alhamdulila segalanya berjalan lancar

Syawal 7

Khamis yang mulia...Bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia buat pertama kalinya ia disambut secara rasmi dan diumumkan sebagai cuti umum negara. Meskipun sambutannya tidak sehangat sambutan Hari Kebangsaan, mungkin kerna sirna dek 'kegumbiraan' sambutan eid fitr yang masih membahang di beberapa buah negeri di sekitar semenanjung Malaysia, khususnya di bahagian selatan, yang menyambut seruan sebuah lirik lagu raya, "kita beraya selama sebulan"... Perjalanan kali ini ialah menuju ke Ayer Hitam, lokasi sebenar di Restoran Z&Z, milik bapa saudara isteri, ada sambutan hari raya, makan-makan dan sebagainya. Sebelum itu, singgah di rumah kawan lama isteri dan sebelum itu bergerak agak lewat kerana ada tetamu yang menjenguk ke rumah. Tetamu yang tidak perna muncul. Alhamdulilla mereka digerakkan Allah untuk bertamu di rumah buruk ini. Usai di Ayer Hitam , bergerak pula ke Parit Sulong juga rumah bapa saudara isteri. Beramai-ramai ke sana. Persekitaran rumah sungguh inda