Kalaulah punch kad hanya sekali sehari
Setiap pagi berkejar-kejaran untuk mendapatkan mesin pengetik atau perakam kedatangan. Sebelum jam 8 bagi penjawat awam dan sebelum jam 9 bagi staf swasta. Itu waktu standard bagi mereka. Adakah majikan pernah sedar dan membuat kajian, berapa ramai yang mengetik sebelum jam 8 pagi dan kemudiannya hanya duduk di meja kerja mulai jam 8.30 pagi atau lebih lewat lagi? Pernahkah majikan membuat sebarang kajian berapa ramai staf yang terpaksa memandu laju hampir setiap pagi, melanggar beberapa peraturan seperti had laju dan lampu merah, hanya semata² untuk menyelamatkan kedatangannya daripada tercalar? Mungkin pelaksanaan sistem ini perlu dikaji semula. Tetapi kadangkala aneh kerana ada juga staf penjawat awam yang tidak perlu mengetik untuk merakam kehadiran mereka pada waktu masuk dan pulang. Mereka hanya perlu mengetik sekali sahaja sebagai menandakan bahawa mereka wujud di pejabat mereka. Dan ini adalah benar. Bukan dongeng orang dahulu kala. Sekiranya staf biasa dib