Catatan

Tunjukkan catatan dari April 27, 2013

Daerah ini telah berubah?

Bergerak di malam minggu di daerah tengah ini agak sesak. Mungkin juga kerana malam minggu. Tetapi nampaknya seperti luar biasa. Jam digital di dalam kenderaan citra menunjukkan pukul 10.10 malam. Oh..kelihatan dalam kesesakan lampu isyarat simpang empat yang pabila hijau itu menunjukkan saat yang sangat pendek dan genting agak luar biasa berbanding malam minggu yang lain. Kelihatan juga kenderaan diletak dikiri kanan jalan menghala ke pusat bandar. "Ada ceramah agaknya.." Dan ianya disahkan di kedai membeli susu biasa yang kerap dilawati.  "Mereka kata karpal datang.." kata taukeh kurus yang jarang tersenyum itu.  Wah fenomena yang agak hebat kini. Tatkala membuat bayaran, mata menjeling pada sebotol arak yang sedang dibungkus untuk pelanggan yang pada zahirnya kelihatan seperti sebangsa dan seagama dengan penulis. Manusia itu membawa bersama sayur-sayuran.  "Moga-moga dia bukan muslim..." Kedai pembekal susu dengan harga yang agak berpatuta