Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 27, 2015

Jumaat Di Pulau : Antara Yang Terbaik

Imej
Jumaat pertama di pulau menyaksikan penulis hadir agak awal. Al maklumlah, sebaik selepas Jumaat,akan berhadapan dengan test ekonomi yang merupakan second test sebaik sahaja melalui test pertama pada sebelah pagi. Meskipun ianya bercorak MCQs, namun kalau tiada apa² persediaan awal, bisa tidak nampak sebarang jawapan yang qat'ii. Tatkala masuk ke perut masjid berhawa dingin yang berusia puluhan tahun itu, jamaah yang hadir masih boleh dikira dengan jari-jemari di kedua-dua tangan. Maklumlah, jam baharu sahaja menunjukkan ke pukul 12.15 tengahari sedangkan waktu zuhur bakal menggelincirkan sang matahari dari istiwaa' sekitar jam 1.30 tengahari. Menjelang jam 1.00 manusia mula memenuhi rumah Allah. Dan kemudian, azan pun dikumandangkan dengan nada yang penuh sayu dan mendayu memanggil manusia segera meninggalkan segala urusan dan memenuhi panggilannya. Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, mak