Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 24, 2023

Aku dan PPT : cuma 400 jam sahaja

Imej
 3 Syaaban 1444 Awal Jan 2014 penulis menerima surat arahan untuk berpindah ke pejabat aras tinggi, Penulis telah melapor diri pada pagi 9 Feb 2014 di pejabat aras tinggi sebagaimana arahan; Muncul desas desus bergentayangan seperti hantu cina yang mempertikaian kelayakan dan kesesuaian penulis berada di pejabat tersebut. Berkebetulan penulis banyak bercuti disebabkan ibu penulis jatuh sakit dan tidak sedarkan diri selama seminggu hingga membawa kepada kematian beliau; Muncul aduan rasmi yang menyatakan bahawa penulis adalah sosok yang sangat tidak sesuai untuk bertugas diaras tinggi yang menempatkan golongan bangsawan semasa, napolean kecil dan manusia hebat rata-ratanya; Penulis di arah bertukar ke pejabat lain bermula 1 April 2014. Ada sesuatu yang agak pelik dan misteri; Penulis bertemu dengan beberapa pembesar tetapi tiada satupun jawapan yang memuaskan hati penulis; Arahan dan keputusan perlu dibuat dengan lebih baik dan pertimbangan yang sedalamnya sebelum diputuskan dan dilaksa