Catatan

Tunjukkan catatan dari September 21, 2019

Parkir Masjid

Imej
Melewati Asar 21 Muharram 1441 daripada kiraan tahun hijrah Ar Rasul... (Gambar tidak ada kena mengena dengan coretan ini) Hujan yang membasahi bumi kawasan tengah Gapura Selatan adalah amat disyukuri dek penduduknya. Manakan tidak, sudah hampir seminggu tanah ini kegersangan tanpa titisan hujan. Yang ada hanya jerebu mencapai 150 pada bacaannya... Masuk ke parkir kawasan masjid dua tingkat. Parkir itu disusun dengan garisan penentu. Kawasan yang tidak berapa luas itu hanya boleh memuatkan sekitar 10-15 buah kenderaan sahaja. Itupun, tiga kawasan utama telah direseve untuk tiga jawatan utama masjid, iaitu pengerusi, timbalan dan juga setiausaha serta bendahari. Parkir imam seperti tersorok agak jauh dan reserve imam seolah ada dengan tidak. Ada juga reserve untuk penasihat kalau tidak silap penulis. Oh, maknanya parkir berhampiran atau halaman masjid adalah khusus untuk lima kenderaan utama sahaja. Selain itu, jemaah yang hadir kena mencari sendiri diluar ruang pagar

Berterusan Memarak perpecahan

20 Muharram 1441 tahun selepas perisitiwa hijrah Ar Rasul Jumaat yang mulia, di salah sebuah masjid jame di tengah² gapura selatan, khutbah bertajuk menolak perpecahan umat. Tajuk memang agak mengujakan. Namun, isi kandungan tidak lain dan tidak bukan, menyerang para pengikut 'wahabi' (dibaca salaf). Antara isi kandungannya, '....perpecahan umat adalah disebabkan munculnya golongan yang membidaahkan amalan bacaan yasin di malam jumaat, tahlilan kematian, maulid dan sebagainya yang mana ianya adalah merupakan amalan yang telah lama dibuat oleh ulama² sejak dahulu...." Rupanya amalan tersebut dijadikan trade-mark terhadap ajaran amalan ahli sunnah wal jamaah aliran asya'irah dan al maturidiah yang acapkali dilaung²dalam siri khutbah Jumaat mingguan. Ini membawa maksud bahawa , tanpa amalan yang disebutkan ini, aqidah pengikut aliran ini akan rosak dan akan muncul bahaya perpecahan ummah. Penulis ini menyorot sejarah dimana sewaktu makkah belum di