solat dua imam?
Dalam perjalanan pulang dari mesyuarat tiga hari dua malam di salah sebuah hotel bajet di hujung selatan semenanjung Malaysia, singgah sebentar di salah sebuah R&R untuk menyelesaikan solat zuhur dan Asr secara jama' taqdim dan qasr. Ketika imam kami hendak memulakan takbir Asr, muncul beberapa orang lelaki India Muslim bersama ketua mereka yang memakai lilitan serban serta berkain putih tanpa jahitan di hadapan kami dan terus iqamah dan menunaikan solat juga secara berjamaah serentak dengan kami!! Beberapa orang lelaki yang sedang merehatkan lenguh tangan dan kaki kerana memandu kedengaran berkata-kata, "solat dua imam tu.." tatkala kami usai mengerjakan solat. Fenomena ini agak aneh. Mengapa jamaah kedua itu tidak menyertai kami, kalaupun kerana mereka solat secara tamam, ataupun setidak-tidaknya menantikan jamaah kami selesai kemudian barulah memulakan jamaah yang baru. Keadaan ini agak mengelirukan. Ianya boleh menimbulkan keributan dan ketidakselesaan bahkan akan