Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 12, 2013

Ramadhan Tiba..Ramadhan Tiba ..Ramadhan Tiba

Imej
Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kita dengan kedatangan Ramadhan... tetamu agung yang bertandang setahun sekali.. Bulan dimana dibuka kesemua pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka .. Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi ) Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-) Malam tarawih yang pertama sang imam berdiri agak panjang membawakan juzuk pertama dari helaian mushaf al quran. Imam bukanlah seorang hafiz .. tetapi cuba membawa bacaan  al baqarah dengan membuka mushaf. Ibadah sunnah malam pertama Ramadhan berakhir sekitar jam 10.30 malam.. Waktu zuhur yang cerah pada 1 Ramadhan kedengaran seseorang yang mul