Panggilan Kaabah
Entah mengapa tatkala memandu pulang petang tadi hati tiba-tiba menjadi sayu. Sayu dan terlalu rindu. Kerinduan yang membuak-buak. Tatkala terdengar perbualan mengenai rakan-rakan yang telah atau akan berangkat ke tanah suci untuk menyempurnakan fardhu haji, hati ini bagai digaru-garu...Bilakah pula masanya aku akan menjadi tetamuNya? Firman Allah dalam surah al-imran ayat 97 yang bermaksud, Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.. Bilakah masanya penulis akan mampu ke sana? Simpanan di Tabung Haji kini senantiasa menyusut dek kerna kekurangan ongkos untuk menampung kehidupan yang semakin banyak memerlukan duit. Bijak pandai mengatakan wang bukanlah segalanya, benar..tapi sekarang segala-galanya memerlukan wang. Dari masuk ke tandas awam hinggalah pembiayaan perjalanan kenderaan, tanpa wang, ada kemungkinan terpaksa berjalan kaki ke pejabat. Kasihan juga kepada ibu penulis yang juga tiada kemampuan unt