Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 29, 2020

Gamer Lama

Imej
25 Zulkaedah 1441 Bulan panggilan haji telah tiba lagi. Namun dek kerana covid yang masih agak keras mengganas di kawasan asia barat,maka jamaah haji ditangguhkan untuk menghadiri himpunan terbesar ummah yang diasaskan oleh baginda Ibrahim   عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ Penulis ingin menyoroti sejarah permainan game. Penulis mula terjebak dengan game berkomputer sejak tahun 1997. Tatkala itu, masih bertugas di salah sebuah institusi kerajaan negeri. Mentor penulis telah memperkenalkan penulis dengannya. PC penulis adalah sebagaimana gambar di bawah yang diterima daripada ibu saudara. Memang kelihatan buruk pada masa itu. Dengan sedikit modal yang ada, penulis menemui mentor untuk mendapatkan perolehan bersesuaian untuk dimasukkan ke dalam PC tersebut, khususnya untuk gaming dan juga sambungan internet. Game pertama yang diberikan pada waktu itu ialah Age Of Empire. Mungkin ramai di kalangan pembaca juga yang terjebak secara langsung atau tidak langsung dengan game ini. Keperluan untuk menikmati