Maulid Ar Rasul
12 Rabiul Awwal datang lagi. Tarikh rasmi yang diterima di kebayakan negara Islam termasuk Malaysia. Maka sambutan rasmi diadakan di masjid daerah dan negeri bahkan di peringkat negara. Hari ini seolah-olah umat bangkit dari tidur lena yang panjang. Semua segak berpakaian kebangsaan berarak bersama dalam beberapa jarak dengan sepanduk dan alunan selawat. Perarakan tidak langsung melibatkan percampuran antara jantina. Muslimat telah berkumpul di masjid menantikan muslimin yang berarak datang. Pemimpin dan hamba rakyat datang bersama... Ceramah dan pidato tentang kehebatan rasul SAW diperkatakan oleh penceramah tersohor. Usai ceramah makanan diedarkan. Hampir kesemua pegawai kerajaan hadir ke masjid meskipun sebelum ini tangga masjid pun tidak kenal wajah mereka. Selesai makan dan ketawa mendengar sela seli sang penceramah, semua bergerak pulang. Pabila zuhur menjelang, jemaah yang hadir adalah sama sahaja kuantitinya. Tidak bertambah tapi mungkin semakin berkurang. Masing-masin