Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 24, 2013

Hijau....bahaya...

"Wah pakai baju hijau hari ni?" Itu satu pertanyaan yang bernada sinis. Di barat mungkin mereka terkena penyakit Islamiphobia - takut pada Islam - atau senghaja ditakut-takutkan kunun agar manusia menjauhi Islam... Tetapi di tanah air, ada penyakit lain yang lebih menakutkan sebahagian besar pendukung parti merah. Penyakit green phobia. Sangat berpantang dengan segala yang berwarna hijau. Kunun cuba merujuk kepada gerakan pembangkang. Maka segala bangunan ditukar jika asalnya berwarna hijau diubah kepada warna lain. Dalam satu program, "Ustaz suka warna apa ustaz?" "Hijau...." "Ustaz biar betul ustaz...." fasi cuba provok ahar peserta melatah. "Puan....dalam al quran dinyatakan di syurga segalanya berwarna hijau. Kalau kita tak suka warna hijau maknanya kita esok tak suka masuk syurga..." Hijau warna syurga. Usahlah dipolitikkan pula...

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Taaruf Kem Komandan Istilah kem komandan biasanya akan digunapakai dalam aktiviti kem bagi program-program kursus mahupun program latihan seperti jatidiri, kem kepimpinan dan sebagainya. Kem komandan biasanya dikaitkan sebagai individu yang paling berkuasa dalam melaksanakan dan mengatur disiplin peserta, peraturan program, keselamatan perjalanan aktiviti secara keseluruhannya. Watak-watak 1. Watak kem komandan Sungkai Tatkala penulis menyertai kursus di Sungkai Perak. Kem komandan muncul buat pertama kalinya semasa menyambut kedatangan kami. Memberikan arahan untuk ke penempatan. Kemudian taklimat ringkas di dewan. Sangat menjaga disiplin dan masa. Kami pernah didenda dan dihamun tatkala perhimpunan selepas makan tengahari hanya semata-mata kerana meja makan yang tidak bersih. Akibatnya kami didenda berlari mengelilingi padang. Setiap kali sebelum masuk ke dewan untuk aktiviti, kami akan berkumpul di padang 'huru-hara' untuk memeriksa kehadiran mengikut masa, bar