Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 16, 2010

Ramadhan 6

Subuh di pagi ini masih mengekalkan bilangan saf sebagaimana semalam...hari pertama bekerja dalam bulan suci ini. Alhamdulilla dapat mengekalkan stamina dan tidak diserang virus kantuk semasa memandu, semasa berada di hadapan PC, namun sedikit kecundang sekitar jam 2 - 3 petang tadi.... Zuhur di musalla dan dipenuhi oleh dua saf kecil. Sahabat mengajak ke surau berhampiran tetapi penulis lebih seronok ke musalla di bangunan pejabat kerana pada pandangan penulis, jamaah di musalla lebih ramai dan padat serta dingin dek kerana penghawa dingin...bagaimana dengan mujahadah anda? Berita baik...waktu pulang dipercepatkan ke pukul 16.30..meskipun begitu, waktu rehat tengahari dikurangkan 30 minit, iaitu jam 13.30 petang. Walau bagaimanapun, kemudahan ini tidak diguna pakai oleh kesemua jabatan dalm organisasi. Menjelang 16.30, penulis memecut menuju ke rumah. Singgah di perjalanan untuk melunaskan kewajipan. Itupun hanya seqadar mendapat tahiyyat akhir bersama imam..Hujan renyai-renyai masih