Catatan musafir ke serambi Madinah
Penulis memulakan musafir ke bumi serambi Madinah pada jam 9.30 malam dengan menaiki sebuah bas pesiaran. Penulis mengikuti rombongan isteri yang merupakan guru sekolah. Rombongan tersebut membawa pelajar-pelajar tahun enam yang telah selesai peperiksaan UPSR mereka. Guru-guru sekolah mengambil kesempatan dan peluang yang ada untuk bersama menuju ke destinasi lawatan. Berhenti sebentar di sekolah untuk mengambil penumpang. Dua buah bas yang agak selesa telah sedia menanti sekitar jam 10.30 malam. Setelah doa dibacakan, kami meneruskan perjalanan membelah kegelapan malam selasa menuju ke destinasi. Filem 1,2,3 cinta ditayangkan dalam suasana kegelapan di dalam perut bas untuk hidangan penumpang yang mungkin gagal untuk tidur. Ketika melepasi pecan Rompin, kami terserempak dengan sebuah kemalangan dimana sebuah kereta telah terbalik di jalan raya. Penulis tidur dalam keadaan tidak berapa lena. Sebaik sahaja terasa bas membrek, maka mata pasti akan terjaga. Apabila terasa kelajuan bas ber