Di mana cintamu?
Cinta adalah lafal yang semakin murah dan mudah terpancur keluar dari bibir muda mudi akhir zaman ini. Dengan kalimah keramat ini, ramai rebah menjadi mangsa. Kekeliruan terhadap kalimah ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Remaja yang baru hendak mengenal dunia memberikan pengertian yang terlalu umum mengenai lafal ini. Mereka sebenarnya terkeliru diantara kalimah ini dengan nafsu. Dek kerana kegagalan dalam memberi terjemahan dan tafsiran yang lengkap serta kegelojohan untuk memiliki cinta serta malas untuk membuat sebarang penyelidikan, ramai di kalangan kita, tidak kira usia, sama ada remaja atau remaja purba, terjerumus dalam penyelewangan dan penyalahgunaan kalimah ini. Sayangnya, ada dikalangan mereka yang tersungkur di pintu syurga cinta ini mendakwa telah diperdaya oleh makhluk yang hadir dalam taman hatinya bagaikan pahlawan atau serikandi yang menjadi impiannya. Malangnya setelah segala bukti-bukti cinta itu diserahkan ... maka diri yang malang ditolak begitu